Jumaat, 22 Jun 2012

SIAKAP 3 RASA

ha kalo dah sudah habis berjalan-jalan jom singgah makan dulu haha..ni dah lama nak post tapi lupa plk hehe..ni siakap 3 rasa feberet husband aku.. " PERGH!!best giler la yunk" ayat ni akan akan aku dengar selepas habis mentakedarah haha..kembang la kejap =_= wink* wink*.. korang nk tau sedap ke tak aku masak korang juz judge je yang dalam gambar ni key.. :)





Read more >>

JALAN-JALAN DI I-CITY SHAH ALAM 21/6/2012

korang layan gambar je la yer





































Read more >>

URINE TEST

semalam 21/6/2012 jam lebih kurang 6.30pm aku pergi buat urine test..dah dua bulan period aku tak datang..ape la masalahnya..hadoii..sejak 2 minggu lepas plk dok sakit petang(loya2), dalam hati dok pikir..ADAKAH AKU MENGANDUNG??haha..tapi persoalannya sudah terjawab..doktor Azlini yang ngecek aku minta aku buat urine test..seketika menunggu keputusan, doc Azlini ngecek tekanan darah aku..lupa lah brp dier tulis..maybe lebih kurang 130/80 kot..rendah ke tu eh??

ok keputusan dah sampai..alat ngetest menunjukkan satu je line..cam ni hah huhu..cedeyy..dah 1 tahun 6 bulan dah nikah tapi x der agi...HUWAA..HUWAA...aku balik dengan hampa sambil bwk balik ubat angin yang doc kasik...nanti nk cuba lagi!  = _=  wink* wink*
Read more >>

Khamis, 21 Jun 2012

NAZAR

Assalam.. cerita pasal nazar ni, aku dah bernazar untuk mendapatkan apa yang aku hajati daripada Allah SWT..Insyallah jika termakbul perkara yang dihajati aku akan tunaikan dengan segera..Teman-teman !! jangan lupa tunaikan nazar anda jika apa yang dihajati sudah dimiliki atau di makbulkan! Berdosa besar kita kerana nazar yang telah dimakbulkan WAJIB bagi kita untuk laksanakannya***

sedikit info tentang NAZAR dari Ustaz Google.. Sama-sama kita baca yerk..

Nazar ialah janji manusia kepada Allah SWT kerana menghargai nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang dicita. Janji ini wajib ditunaikan. Nazar mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah SWT yang asal hukumnya tidak wajib.


Nazar adalah ibadah

Sesuatu nazar yang berbentuk ibadah yang asalnya sunat akan menjadi wajib dengan bernazar untuk melakukannya. Contohnya, anda bernazar untuk puasa hari Isnin dan hari Khamis selama sebulan. Sedangkan hukum asal Isnin dan Khamis adalah sunat, namun dengan bernazar berubah menjadi wajib. Contoh-contoh nazar:-
1.Berpuasa
2.Mencukur rambut
3.Sedekah


Dalil al-Quran

Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Haj ayat 29 :
“ Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu. ”


Berdasarkan kepada ayat ini jelaslah bahawa menunaikan atau menebus nazar adalah wajib.
Manakala dalam surah al-Insan ayat 7, Allah swt berfirman yang bermaksud
“ (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.

Wajib tunaikan nazar, jika tertangguh


Apabila seseorang itu telah bernazar maka wajib ke atasnya melangsaikan tanpa bertangguh apabila hajatnya dikabulkan oleh Allah SWT. Maka nazar adalah hutangnya kepada Allah SWT yang telah berjanji menunaikan sesuatu ibadat seperti mana yang dinazarkan. Maka pada dasarnya janji itu wajib ditepati tanpa bertangguh bila mampu berbuat demikian.

Adapun amalan yang perlu dilakukan oleh seseorang berpandukan suruhan Allah SWT dalam al-Quran apabila gagal menunaikan nazarnya kepada Allah SWT, firman di dalam Surah al-Maidah ayat 89 yang bermaksud:

“ Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum agama-Nya) supaya kamu bersyukur.



Kafarah penebus nazar

Maka berpandukan kepada ayat di atas jelas bahawa kafarah (penebus) bagi nazar adalah seperti berikut:
1.Memberi makan 10 orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu.
2.Memberi pakaian kepada 10 orang miskin
3.Memerdekakan seorang hamba
4.Mereka yang tidak mampu melakukan ketiga-tiga perkara di atas bolehlah berpuasa selama tiga hari.

Oleh yang demikian, bagi mereka yang bernazar hendaklah menunaikan nazar mereka dan bagi mereka yang terlepas pandang atau terlupa maka hendaklah ditebus nazar itu dengan melakukan salah satu dari kaffarah yang dinyatakan di dalam Al Quran.


Read more >>

Jumaat, 25 Mei 2012

more amigurumi crochet

hai semua,

jom nengok ape yang aku buat lagi.. more amigurumi to go..yahooo!!mrs cinta kura-kura, mr pineapple,mrs lonely doughnut and mr ubi merah..haha ntah btol name aku letak..













Read more >>