Salam untuk semua,
alhamdulillah sudah 13 hari kita berpuasa .. pejam celik,pejam celik kejap je dah nak separuh bulan kita berpuasa kan..dah macam-macam juadah juga kita dah rasa kan..dah jemu plk rasenyer kan..ape menu kengkawan ri ni?erm saya rase nk buat juadah nasi ayam special untuk suami dan mak mertua lah..hehe..ni resipi drp umi saya yang tercinta..jom kita kongsikan bersama.
Bahan2 untuk rebusan:
1 ekor ayam(dikerat 4)
2 jug air
2 sudu teh garam
Bahan untuk perap:
3 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bwg putih
garam
Bahan untuk nasi:
6 cwn beras
3 sudu besar marjerin
1 biji bawang merah(mayang/hiris)
2 ulas bawang putih(mayang/hiris)
air rebusan ayam secukupnya
sedikit garam
sedikit pewarna kuning
Bahan untuk sos:
10 biji cili padi(yang tak suka pedas,amik ckit udah ek)
2 biji lada besar
1 biji tomato
2 ulas bawang putih
daun ketumbar(akarnya dibasuh cuci)
garam
gula
cuka
Bahan untuk sup:
rempah sup(sy tak suka yg bunjut tu, so sy guna yang sebiji2(rempah kasar) tu ok kengkawan)
air rebusan ayam
garam
1 biji bawang merah
daun sup yang dihiris
Bahan untuk ulaman/hiasan:
1 batang timun
hirisan daun sup
bawang goreng
daun salad
Cara-cara:
Untuk rebusan ayam
1. rebus ayam hingga separuh masak
2. siap,toskan ayam tersebut
3. air rebusan jangan dibuang(nak dijadikan stok ayam utk sup dan tanak nasi nnt)
untuk perapan ayam
1.ambil ayam yang di tos td, oleh kerana ayam dikerat 4, potong lagi ayam mengikut saiz yang dikehendaki.
2.tumbuk halia dan bawang putih hingga lumat.
3.halia dan sos tiram di gaul sehingga sebati dan campurkan dengan halia dan bawang putih td dan sedikit garam.
4.gaulkan semua bahan td dengan ayam.
5.biarkan selama sejam
6. bila sudah cukup masa perapan ayam td bolehlah digoreng hingga nampak garing sedikit.
7. mskkan dalam bekas yang anda suka dan ketepikan
untuk tanak nasi
1.basuh beras hingga cuci dan tos.
2.guna periuk nasi untuk menumis (yang kita guna untuk tanak tu ok).
3.panaskan marjerin td hingga cair
4.masukkan rempah kasar dan tumis hingga naik bau.
5.masukkan hirisan bawang dan tumis hingga kekuningan.
6.kemudian masukkan beras yang sudah dibasuh td,gaulkan hingga rata dengan rempah2 td.
7.masukkan pewarna kuning dan garam,gaulkn..
8.masukkan rebusan air seperti biasa mengikut sukatan kita menanak nasi setiap hari ok kengkawan
9.kemudian tutup api dapur,alihkan untuk masukkan dalam bekasnya,tunggu hingga nasi masak.
untuk sos
1.cili padi,lada,bwg putih dan tomato diblender bersama cuka.
2.kemudian masukkan dalam periuk kecil,kacau hingga rata.
3. masukkan gula,garam dan kacau rata.
4.masukkan akar ketumbar dan sedikit hirisan batangnya untuk sedapkan lagi sos kita.
5. biar hingga masak ok kengkawan.
untuk sup
1.ambil air rebusan td,masukkan rempah kasar bawang dan garam. Biarkan menggelegak.
2.last sekali masukkan sedikit hirisan daun sup.
dah siap..bolehkan dimakan mengikut kreativiti anda..untuk makluman boleh dibuat serentak,tidak perlu menunggu untuk siapkan bahan satu persatu..resipi diatas untuk memudahkan kengkawan je hehe..ok selamat mencuba..