Selasa, 17 Januari 2012

Tips di dapur

Assalam..alloo teman-teman..ok di bingkisan pertama utk thn nie  aku nk selitkan sedikit petua bila di dapur yer..
Ok first of all lah, tinjau kat bawah nie :)..

  • Kalau teman-teman nk buat kenduri guna ubi kentang dlm jumlah yang besar,rendam kentang dlm air panas selama 5 mnt. Pasti kerja-kerja mengupas kulit kentang menjadi lebih mudah dan pantas.
  • utk buang biji tembikai dgn mudah,guna pencedok aiskrim dan larikkan perlahan-lahan pd permukaan buah tembikai.
  • untuk papan pemotong tidak mudah kotor sapu sedikit minyak pd papan pemotong,sisa ktoran akan lebih mudah dibersihkan.
  • untuk cuci peralatan memasak yang diperbuat drp plastik,rendam dgn serbuk soda lbh kurang 10 mnt.Bersihkan dan bilas dgn air..Nanti akan lebih bersih :) .
  • jangan asyik buka ketuhar untuk jengah masakan yg dimasak kerana suhu akan turun 25 darjah..Bazirkan tenago aje teman-teman oihh.
  • ketuhar yang kotor dan berdaki boleh dibersihkan dgn menggosok serbuk soda bikarbonat yang dibancuh dgn sedikit air.Gosok rata dan panaskan ketuhar pada suhu 30 darjah.Sisa kotoran akan melekat pada pes serbuk soda lalu tertanggal dan ini memudahkan ketuhar dibersihkan.
Ahha teman-teman apalagi jom cuba tips yang  aku  ambil drp Majalah Jelita keluaran Jan 2011.


Read more >>