Bukan kata nk pergi berlawan :) ,tetapi nak kongsikan dengan anda sebuah episod komedi di indonesia..katanyer ngetop!hehe ckp indon plk...ni lah setiap kali buka tv pasti
aku dan hubby akan ke ch Bintang dulu di astro, KENAPA?? sebab nk tgk
OPERA VAN JAVA la! plg best komedi indonesian yang
aku LIKE. Kita tgk sama pelakon-pelakon dan watak yang dipegang oleh mereka..yokk
Dalang
Parto Patrio
Singer
Dewi Gita
Eca Paramitha
Winda Viska Ria
Cindy
Guest Singer
Titi DJ[2]
Nindy
Gisella Anastasia
Wayang
Sule
Andre Taulany
Azis Gagap
Nunung Srimulat
Acara ini berlangsung secara LIVE di Trans 7 kalo di indon.
Di bawah antara kisahnyer,selamat menonton..kalo gelak jgn sampai terkehel rahang yer hehe..
haa yang menarik sekali Safee Sali pun berlakon dengan siri ini..wah hebat bangat yaaa.. :)
Safee
Sali tolak sambung berlakon Opera Van Java
Penyerang Sensasi Malaysia Safee Sali, menerima tawaran
sebagai pelakon undangan tetap daripada stesen televisyen Indonesia, Transit7
selepas membuat penampilan sulung sejam dalam sitkom Opera Van Java, Rabu
minggu lalu.
Bagaimanapun,
kapten baru Pelita Jaya FC itu terpaksa
melupakan hasrat cabang baru yang dianggap menarik itu berikutan ingin memberikan
tumpuan kepada kelab dan skuad kebangsaan.
“Saya terkejut apabila pengurusan stesen itu menawarkan saya berlakon lagi.
Tapi, saya terpaksa tolak. Bagaimanapun, jemputan sebagai pelakon undangan
memberi pengalaman berharga tidak mungkin saya lupakan,” katanya ketika
dihubungi di Jakarta, semalam.
Walaupun menganggap jemputan itu sekadar `suka-suka’, namun lakonan Safee Sali
di sisi pelakon terkenal Indonesia antaranya Eddy Supono atau Parto, Entis
Sutisna (Sule), Andre Taulany (Andre), Muhammad Azis (Azis) dan Tri Retno
Prayudati (Nunung) dikatakan memukau kira-kira hampir 300 penonton di studio.
Siri komedi berkonsep pertunjukan wayang pentas versi moden itu disiarkan
secara langsung oleh stesen televisyen itu. Katanya, jemputan itu berpunca
selepas dia sering ke studio stesen televisyen itu untuk menyaksikan rakaman
Opera Vanjava.
Safee Sali berkata, dalam episod `Cinta Tragis Palsu Ciin’ itu, dia diberi
peranan untuk membaca skrip dan mengenakan kostum dan terpaksa menggunakan
dialek Indonesia yang dianggapnya tidak banyak berbeza dengan bahasa Melayu.
“Tapi, agak gementar juga kerana pertama kali berlakon.
Malah, kekok untuk menyesuaikan diri dengan pelakon terkenal Indonesia. Tapi,
alhamdulillah, saya sudah cuba memberikan yang terbaik dan tidak sangka
mendapat tepukan gemuruh penonton di studio,” katanya.
Safee Sali adalah pemain kebangsaan yang ‘tersesat seketika’ di bidang lakonan
selepas pemain lagenda,
Mokhtar Dahari yang membuat kemunculan dalam filem Mekanik arahan
Othman Hafsham, pada 1983.-Metro@blogger
Read more >>