Para sahabat dan pembaca yang hendak berkunjung ke Kelantan, jgn lupa mencuba beberapa makanan Traditional negeri Kelantan yoo.. nnt sudah mkn cakap " Emmpphhh Sedap NGOTIII weee lokkk!" hehe..
Jika tiba-tiba teringin hendak menikmati makanan yang unik dan berbeza rasanya, negeri
Kelantan merupakan destinasi yang harus dikunjungi. Jangan pula hairan, kerana keunikan itu
juga menyebabkan ada mereka yang sanggup memandu berjam-jam lamanya hanya
semata-mata untuk menikmati juadah di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Negeri di Pantai
Timur ini mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina, India dan
masyarakat Thailand berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia'
sekaligus menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar.
Anda mungkin tertawa tatkala mendengar nama kuih seperti Tahi Itik, Kuih Kartun, Badak
Berendam, Abang Balik Gelisah, Che Abang Guling, Lompat Tikam, Lidah Buaya dan
macam-macam lagi nama yang diberi. Namun, di sebalik nama yang pelik itu, rasanya amatlah
lemak dan manis sekali. Begitu juga dengan hidangan Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi
Tumpang, Laksam atau Solok Lada yang sinonim dengan Kelantan sehingga membuat anda
terkenang-kenang keenakan makanan itu. Memang benar bak nyanyian pelakon dan pelawak
Jalil Hamid: "makanan pelik-pelik, tahi minyak tahi itik," yang pelik dan unik itulah bagaikan
magnet yang menarik orang ramai ke negeri ini.
dipetik dari:Portal Kerajaan Negeri Kelantan.
Read more >>