Dah tiga hari dah
aku dok keje tak berenti sepanjang cuti sempena MaulidurRasul ni.. Biarlah bagi orang lain rehat-rehatkan minda diorang dulu..
aku tak kisah, kalau dok kat rumah pun boring sebab husband
aku pun keje.. keje dier pun tengah banyak sekarang almaklumlah musim hujan kilat banyak la modem-modem streamyx nak kena tukar.. Tambahan customer husband cikla nie dogil sikit..dah pesan kalo hujan lebat jangan pakai streamyx nanti kena petir,kalo kena petir internet tak boleh pakai kerana modem dah terbakar.. Tak dengar jugak. Biarkanlah diorang, kenapa nak dibiarkan?? Kerana CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT! kan kan walau dah salah hehe.
Esok maybe tak kerja, plan nak masak ckit utk husband cikla tapi entahla nak masak ape,,korang ade idea tak?Buat nasi minyak?erm kena cari jabit(kismis) nih..mai kita tengok ckit resipi nasi minyak..Esok sama-sama kita buat yer..ahaks
Bahan-bahan
Rempah kasar 5 sekawan
4 ulas Bawang Merah- tumbuk
1 ulas Bawang Putih-tumbuk
2 helai Daun pandan
Minyak sapi
1 cwn Susu cair
2 cawan beras
2 cawan air
2-3 titik pewarna kuning
1/2 cawan kismis
untuk menghidang, bawang goreng dan buah badam
Cara:
1. Panaskan minyak sapi dan tumis 5 sekawan td sehingga naik bau.
2. Masukkan bwg pth dan bwg merah tadi. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan beras,air,susu cair,daun pandan yg disimpulkan
serta pewarna kuning.Kacau supaya semua bahan serata.Tutup periuk dan tunggu
hingga air kering.
4. Masukkan kismis dan kacau rata.Setelah itu tanak nasi hingga
betul2 masak.Ketika menghidang boleh letakkan bawang goreng serta buah badam(cikla x nak letak sebab tak suka badam..ngee)
Lauk pulak cikla nak buat kerutuk daging. Pernah dengar ke tak? hehe
Bahan-bahan ( 5 orang )
500g daging
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik
[bahan tumis]
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak
Cara-cara
1.Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
2.Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih.
Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
3.Panaskan minyak
4.Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
5.Kemudian masukkan campuran rempah tadi
6.Masak sehingga pecah minyak
7.Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan
kuahnya betul-betul pekat.
8.Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga
kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
9.Siap untuk dihidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan