Dalang
Parto Patrio
Singer
Dewi Gita
Eca Paramitha
Winda Viska Ria
Cindy
Guest Singer
Titi DJ[2]
Nindy
Gisella Anastasia
Wayang
Sule
Andre Taulany
Azis Gagap
Nunung Srimulat
[Opera Van Java] Kisah nyi pelet. 07/05/2009 - #1 - YouTube |
haa yang menarik sekali Safee Sali pun berlakon dengan siri ini..wah hebat bangat yaaa.. :)
Safee
Sali tolak sambung berlakon Opera Van Java
Penyerang Sensasi Malaysia Safee Sali, menerima tawaran
sebagai pelakon undangan tetap daripada stesen televisyen Indonesia, Transit7
selepas membuat penampilan sulung sejam dalam sitkom Opera Van Java, Rabu
minggu lalu.
Bagaimanapun, kapten baru Pelita Jaya FC itu terpaksa melupakan hasrat cabang baru yang dianggap menarik itu berikutan ingin memberikan tumpuan kepada kelab dan skuad kebangsaan.
“Saya terkejut apabila pengurusan stesen itu menawarkan saya berlakon lagi. Tapi, saya terpaksa tolak. Bagaimanapun, jemputan sebagai pelakon undangan memberi pengalaman berharga tidak mungkin saya lupakan,” katanya ketika dihubungi di Jakarta, semalam.
Walaupun menganggap jemputan itu sekadar `suka-suka’, namun lakonan Safee Sali di sisi pelakon terkenal Indonesia antaranya Eddy Supono atau Parto, Entis Sutisna (Sule), Andre Taulany (Andre), Muhammad Azis (Azis) dan Tri Retno Prayudati (Nunung) dikatakan memukau kira-kira hampir 300 penonton di studio.
Siri komedi berkonsep pertunjukan wayang pentas versi moden itu disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen itu. Katanya, jemputan itu berpunca selepas dia sering ke studio stesen televisyen itu untuk menyaksikan rakaman Opera Vanjava.
Safee Sali berkata, dalam episod `Cinta Tragis Palsu Ciin’ itu, dia diberi peranan untuk membaca skrip dan mengenakan kostum dan terpaksa menggunakan dialek Indonesia yang dianggapnya tidak banyak berbeza dengan bahasa Melayu. “Tapi, agak gementar juga kerana pertama kali berlakon.
Malah, kekok untuk menyesuaikan diri dengan pelakon terkenal Indonesia. Tapi, alhamdulillah, saya sudah cuba memberikan yang terbaik dan tidak sangka mendapat tepukan gemuruh penonton di studio,” katanya.
Safee Sali adalah pemain kebangsaan yang ‘tersesat seketika’ di bidang lakonan selepas pemain lagenda, Mokhtar Dahari yang membuat kemunculan dalam filem Mekanik arahan Othman Hafsham, pada 1983.-Metro@blogger

Tiada ulasan:
Catat Ulasan