Khamis, 2 Februari 2012

Petua

jom ketahui beberapa petua kawan-kawan.. :)
  • kurma


    Kurma Berkhasiat Untuk Si Manja
    Menurut kajian yang telah dijalankan oleh saintis Mesir, jus kurma dapat membantu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak. Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, Vitamin C & E. Kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula dalam kurma ialah sebanyak 50 hingga 57 peratus. Gula dalam kurma dikenali sebagai fruktosa yang akan dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa untuk membekalkan tenaga kepada tubuh. Kandungan vitamin C dalam kurma pula dapat membekalkan sebanyak 230 kalori tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Mengambil sebiji kurma setiap hari sudah cukup memberikan tenaga kepada kanak-kanak sedang membesar.
  • mentega


    Rahsia Mentega Kacang
    Tahukah anda bahawa dalam 100gm mentega kacang mengandungi 71 peratus lemak .Walau bagaimanapun lemak tersebut merupakan lemak yang baik dan bertindak untuk menurunkan kadar kolesterol tidak baik dalam tubuh. Lemak dalam mentega kacang juga terbukti mampu menurunkan risiko penyakit jantung sehingga 25 peratus jika diambil sebanyak 28gm sehari.
  • kelapa


    Kulit Bayi Berkerak
    Jika kepala bayi anda berkerak, ambillah segenggam kelapa parut dan campurkan dengan dua atau tiga ketul garam kasar.Masukkan campuran tersebut ke dalam perca kain dan ikat kemas. Ramas  sedikit sehingga keluar santan. Selepas itu sapulah ke atas kepala bayi dan biarkan seketika. Hasilnya kerak akan hilang dan dalam masa yang sama rambut bayi anda akan lebat dan hitam.
  • lada


    Hilangkan Kembung Perut
    Bagi menghilangkan kembung perut bayi, ambil dua atau tiga biji lada hitam dan tumbuk halus.Kemudian masukkan serbuk lada hitam itu ke dalam pusat bayi dan biarkan. Tepuk belakang badan bayi untuk menenangkannya.
  • lemon


    Elak Kencing Malam
    Sekiranya anak anda sering kencing malam, berilah dia makan satu sudu madu yang dicampurkan dengan sedikit perahan lemon.Amalkannya pada waktu pagi dan sebelum tidur. Semoga anak kecil anda berhenti kencing malam.
  • susu ibu


    Melentikan Bulu Mata Bayi
    Kepada ibu-ibu yang ingin melentikan bulu mata anak, cubalah petua ini.Sapukan bulu mata anak anda dengan susu ibu setiap kali selepas menyusukannya. Amalkan selalu dan anda akan dapati bulu mata bayi anda semakin lebat, lentik dan cantik.
  • kanji


    Ruam
    Ruam panas sering menyerang bayi yang baru lahir. Untuk meredakannya, gunakan kanji nasi. untuk membuatnya, masak bubur nasi. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Sapukan air kanji tersebut pada ruam. Hasilnya ruam akan berkurangan.
  • kutu


    Hapuskan Kutu Kepala
    Bagi menghilangkan kutu di kepala, tumbuk lumat tiga ulas bawang putih dan gaulkan dengan tiga sudu minyak kelapa.Lumurkan pada rambut dan biarkan sehingga 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu. Hasilnya pasti tidak mengecewakan.
  • perut


    Petua Mengempiskan Perut
    Asam keping yang biasa digunakan dalam masakan juga boleh membantu anda untuk mengempiskan perut.Ambil sekeping asam keping dan rendamkan ke dalam air panas. Biarkan ia menjadi suam lalu diminum. Amalkannya pada waktu pagi dan malam. Insya-Allah anda akan mendapat hasilnya.
  • gastrik


    Ubati Gastrik Dengan Kunyit
    Jika anda merupakan penghidap tegar gastrik, ubatinya dengan seketul kunyit hidup.Bersihkan kunyit dan parutkannya. Campurkan dengan sedikit air masak. Tapiskan dan ambil airnya. Masukkan sedikit madu dan sebiji telur kuning. Minum campuran ini apabila terasa gastrik mula menyerang.

    @pama

Tiada ulasan: