Khamis, 2 Februari 2012

1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2012


Menara Kuala Lumpur akan mengadakan acara “1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2012” buat kali kedua  pada 25 Februari 2012.

Acara yang penuh mencabar ini merupakan acara hiburan berinformatif dan menguji minda serta  ketahanan fizikal para peserta.

Penjelajahan ini akan membawa para peserta  ke seluruh kawasan Segitiga Emas dan persekitaran Kuala Lumpur sejauh 15 km untuk mencari jawapan bagi soalan-soalan yang berkaitan dengan budaya dan warisan.

Objektif utama acara ini di adakan bagi memperkenalkan dan mempromosikan tempat-tempat warisan yang terdapat di Kuala Lumpur di samping memberikan kesedaran kepada semua rakyat Malaysia agar menanamkan rasa cinta kepada negara di dalam menghargai dan memperkayakan hasil warisan negeri.

Untuk menyertai “1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2012”, pendaftaran akan dibuka pada 21 Januari 2012 bermula pada jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang di Menara Kuala Lumpur. Bersama ini disertakan borang penyertaan untuk makluman. 

Entry Form: http://www.facebook.com/officialmenarakl


Tiada ulasan: