Salam Jumaat yang mulia,
kepada rakan-rakan, sama-sama kita menghayati nukilan rasa kepada Kekasih Allah..
Ku hayati kisahmu
ya Rasulullah..
Hatiku tersentuh..airmataku berderai..
Betapa mendalamnya
kasihmu..
Melebihi dalamnya lautan biru..
... Biar hembusan
nafasmu kian tiba penghujungnya..
Namun hatimu ya Rasulullah..
Masih
diselubungi kerisauan..
Andai dikau pergi dulu..
Bagaimana nanti dengan
nasib umatmu..
Hatimu ya Rasulullah penuh CINTA..
Hatimu ya Rasulullah
penuh RINDU..
Hatimu ya Rasulullah penuh KASIH..
KASIH ABADI HINGGA KE
SYURGAWI..
Sesungguhnya ya Rasulullah...
Kami rindu untuk
bersamamu..
Moga airmata kami pada malam ini..
Akan menjadi saksi &
mendapat syafaatmu ya Rasulullah..
Moga di syurga kita bertemu..
Kekal
abadi buat selamanya..
sama-samalah kita renungkan...
@FB DATO' USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan