aku amik beberapa gambar dari http://www.mdtumpat.gov.my nnt kunjungilah yer untuk maklumat lanjut.
MUNGKIN ramai tidak tahu Pantai Sri Tujoh di Jajahan Tumpat, Kelantan terhasil daripada pembentukan tujuh teluk. Keindahan semulajadinya memberikan ketenangan kepada sesiapa yang berkunjung. Duduk bersantai melihat pemandangan pantai ini juga mampu melenyapkan bebanan kerja yang bersarang di fikiran. Tambahan pula, apabila melihat aktiviti nelayan menebar jala dari tepi pantai. |
Sumber pendapatan nelayan ini tidak terhad kepada tangkapan ikan malah menjalankan penternakan ikan dalam sangkar dan memproses ikan masin. |
Keindahan pantai ini sudah lama dikenali pelancong asing menerusi penganjuran pertandingan wau peringkat antarabangsa tidak lama dulu. |
Tarikan utamanya bagaimanapun terletak pada fenomena tujuh teluk yang tidak boleh didapati di tempat lain. Daripada sebuah pantai yang sebelum ini pernah diancam hakisan teruk, pemandangan semulajadinya berubah menjadi tarikan kepada pengunjung dari luar. |
Pantai ini berada berhampiran dengan sempadan Thailand dan Kelantan di Kampung Tujoh yang teletak di Tumpat, 7 kilometer daripada Kota Bharu. Untuk ke sana pengunjung bolehlah menaiki bas yang bernombor 43 daripada terminal utama. Sepanjang perjalanan para pengunjung dapat melihat pemandangan yang menarik. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan