Jajahan Tumpat telah dibina pada 1 Januari, 1949 di Kawasan
Padang Mahkota iaitu di hadapan kediaman rasmi Ketua Jajahan dan apabila
beroperasi telah diterajui oleh Allahyarham Dato' Nik Hussein bin Nik Zainal
(Dato' Kaya Setia) selaku Ketua Jajahan yang pertama. Kepesatan pembangunan
yang dialami di Jajahan Tumpat pada waktu itu serentak dengan perkembangan
Pelabuhan dan Stesen Keretapi yang merupakan nadi perhubungan dan pengangkutan
di Pantai Timur. Jajahan Tumpat adalah satu-satunya Jajahan yang paling kecil
antara Jajahan di Negeri Kelantan dengan keluasannya hanya 169.5 km2. Bagaimana
pun Tumpat merupakan Jajahan yang paling unik sekali kerana mempunyai dataran
dan beratus-ratus buah pulau Sungai (River Island) yang tidak berbukit yang
amat sesuai serta berpotensi untuk dijadikan kawasan Pelancongan Antarabangsa.
Jajahan Tumpat ditadbirkan melalui Tujuh Daerah Penggawa dan dibahagikan kepada
30 Mukim. Di setiap Mukim ini pula terdapat beberapa buah kampung yang
kesemuanya berjumlah 57 buah dan setiap kampung diketuai oleh seorang penghulu
(Ketua Kampung) yang bertindak sebagai penghubung antara rakyat dan Pentadbiran
Jajahan.
Daerah Tumpat dipisahkan oleh Daerah Kota Bharu, Daerah
Pasir Mas dan Sempadan Antarabangsa Thailand.
Bersempadanan dengan Daerah Kota Bharu dipisahkan oleh
Sungai Kelantan dan Jambatan Sultan Yahya Petra sebagai penghubung.
Sempadan dengan Daerah Pasir Mas yang mana dua
jalan (jalan Kg. Kutan dan jalan Kg. Jambu) sebagai penghubung.
Sempadan antarabangsa dengan Thailand utara Daerah Tumpat
dipisahkan oleh Sungai Golok (hanya feri dan bot sebagai penghubung).
1 ulasan:
ambo pun ore klate jugok
Catat Ulasan